Pages

Sunday, January 9, 2011

Ferris Mokhtar dilarikan ke Belgium

Salam, rakyat Malaysia masih belum sedar dengan kes hak penjagaan Herris Mokhtar Van de ven, 7 tahun yang telah dilarikan ke Belgium oleh Frank Theodorus Van de Ven iaitu bapanya. Frank Theodorus telah bernikah dengan ibu Ferris, Elis Syuhaila Mokhtar sejak 2001.


Kes hak penjagaan berlaku apabila ibu Ferris mengajar Ferris mendalami Islam dan ibu mertua Elis sangat tidak menyukainya.  Ferris sering dijamukan dengan daging babi dan makanan bercampur arak ketika berkunjung ke rumah neneknya di Belanda.

Elis mula bergaduh dengan ibu mertuanya tentang agama dan pegangan Ferris. Terang lagi bersuluh bahwa Ferris seorang kacukan Belanda-Melayu beragama Islam. Tetapi ini yang membezakan Islam dan kafir, mereka akan melakukan apa sahaja demi menghancurkan akidah yang akan Ferris patuhi iaitu Islam.

Elis membawa Ferris ke Manila di rumah kakak Elis. Semasa November 2007 ketika Elis dan Ferris di Manila, Frank sudah mengfailkan penceraiaan dan hak penjagaan terhadap Ferris. Elis pada waktu itu sangat terkejut dengan tindakan Frank yang sangat kejam mendapat surat ugutan bunuh oleh ibu mertuanya sendiri.

Selepas itu, Elis dan Ferris tinggal dalam ketakutan di Sungai Buloh tanpa sebarang gangguan daripada Frank atau ibu Frank. Mahkamah syariah mengarahkan bahawa Ferris di jaga secara bergilir-gilir oleh ibu dan bapanya. Ferris tinggal di Belanda dan apabila tiba giliran Elis menjaga Ferris, hanya boleh berjumpa beberapa hari.

Setiap malam, Elis tidur bertemankan baju Ferris. Sangat sedih keadaan Elis.Kisah hak penjagaan Ferris seakan-akan sama dengan kisah Natrah pada tahun 1940-an. Marilah kita semua berharap dan berdoa untuk kejayaan Elis untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap Ferris dan moga akidah Ferris terjaga dan dipelihara oleh-Nya.

*Ferris dipercayai berada di Belanda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...