Ketika pasukan Harimau Malaya tewas teruk terhadap Indonesia ketika peringkat kumpulan, banyak suara-suara sumbang yang mengutuk keras pasukan kita dengan menyifatkan kekalahan itu sesuatu yang sangat memalukan kepada negara.
Tetapi selepas Harimau Malaya bangkit dan mengalahkan Vietnam 2-0 di Bukit Jalil, lebih banyak suara-suara yang mengaku fan Malaysia dan banyak lagi ayat-ayat patriotik yang sering diucapkan oleh para 'penyokong'. Contohnya, 'MALAYSIA, TANAH TUMPAH DARAHKU'.
Ketika kalah kepada Indonesia dahulu, rata-rata rakyat Malaysia tidak menonton perlawanan itu pun. Dan para 'penyokong' kita mengutuk mereka dan tiada langsung kedengaran TANAH TUMPAH DARAHKU ketika itu.
Selepas menang Piala AFF Suzuki ini, jersi-jersi Malaysia di padang besar habis dijual ! Ini merupakan sesuatu yang sangat menghairankan. Sebelum ini la , jangan cakap waktu masuk Piala Suzuki ni, siap ada lelong lagi jersi Malaysia. Adoi, sakit sungguh hati.
*Ketika final di Bukit Jalil
Maaf, aku terpegang bendera terbalik. Haha, kesilapan teknikal di situ. Jadi, kita lihat penyokong Liverpool, Chelsea, Manchester United dan lain-lain. Tengok yang mat salleh ye, bukan orang Malaysia. Ada diorang kutuk team mereka apabila kalah teruk ? Chelsea, kalah 7 daripada 8 permainan yang telah main. Tak pun aku dengar diorang kena kutuk oleh fan sendiri. Liverpool, hampir sentuh bottom liga EPL, fans diorang tetap sokong.
No comments:
Post a Comment